CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

30 Mei 2009

Doakan Kemenangan Penanti

Saya menyeru kepada semua warga Malaysia yang mencintakan keadilan dan menolak kezaliman dan penindasan supaya sama-sama berdoa agar kemenangan berpihak kepada orang yang benar-benar ingin perjuangkan keadilan, ketelusan dan keamanan tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Kita doakan agar PRK N12 di Penanti menjadi milik pencinta keadilan dan memusnahkan muslihat yang dilakukan oleh mereka yang sengaja memburuk-burukkan Jamaah Islam dan Gerakan Keadilan di negara ini.

Semoga Allah memberi kemenangan kepada Parti Islam dan Keadilan demi kesejahteraan negara yang tercinta. Yakinlah, hanya dengan jamaah(Parti) Islam, keadilan dan keamanan semua bangsa di Dunia ini akan tercapai.

26 Mei 2009

EZAM BUNTU IDEA

Ezam Mohd Noor kelihatan sangat buntu idea apabila diasak bertubi-tubi oleh Prof Dr Agus Yosof dalam rancangan yang paling 'Hot' iaitu Hujjah yang bersiaran di TV9. Ezam menjadi penal jemputan dalam rancangan ini setelah DS Zahid Hamidi dan Datok Husam Musa tidak dapat hadir.

Ezam telah menampakkan kebodohannya sepanjang program ini berlangsung dengan tidak dapat menjawab dengan tepat dan jelas dalam semua persoalan yang ditimbulkan oleh mederetor yang terkenal dengan kepetahan dan pandai mematahkan hujah penal tidak kira siapa dihadapannya.

Ezam dengan wajah terkejut dengan soalan panas iaitu kemana perginya 8 kotak rasuah umno yang diwar-warkan semasa menjadi ahli PKR dahulu. Beliau dengan 'tergagap-gagap' menyatakan bahawa Anwar yang sebenarnya mempunyai rahsia itu, bukan beliau. Jelas sekali apa yang dinyatakan sebelum ini merupakan suatu 'Fitnah' yang mungkin tidak tertanggung dosanya di akhirat nanti.

Ezam telah melakukan satu kejutan dalam kenyataan yang boleh menjejaskan akidah Islam iaitu beliau mengatakan bahawa parti dan pemerintakan Islam tidak sempurna seperti mana sempurnanya Islam. Secara tidak langsung beliau telah menghina pemerintahan Islam yang dibawa oleh Rasulullah, Sahabat, Tabi'in, dan para ulama yang membawa syiar dan parti Islam dizaman pemerintahan.

Tahniah diucapkan kepada Prof kerana berjaya mungkin akan menyedarkan Ezam daripada terus menerus menghentam parti Islam dan rakyat dengan bertopengkan wajah yang 'baik'.

SIAPA YANG HURU-HARAKAN MASYARAKAT SEBENARNYA??

Bahan pilihanraya kurang dirasai di Dun Penanti. Pilihanraya ini diadakan berikutan penyandangnya meletak jawatan dan sejarah tercatat apabila BN tidak meletakkan calon dalam pilihanraya yang akan diadakan kali ini. Pihak polis menyeru pengundi terutama pihak pakatan rakyat tidak mencetuskan huru-hara sepanjang kempen berlangsung sehingga hari pembuangan undi.

Namun hari ini media menguar-uarkan bahawa keadaan PRK di Penanti seperti tidak ada pilihanraya memandangkan suasana yang cukup aman dan berjalan dengan lancar. Ini berikutan musuh ketat Pakatan Rakyat iaitu BN tidak meletakkan calon dalam PRK kali ini. Padahal inilah yang diharapkan oleh pihak keselamatan.

Rakyat sendiri boleh membuat penilaian bahawa pihak mana yang sebenarnya yang menimbulkan suasana tegang apabila diadakan pilihanraya atau perhimpunan. Dengan 'ketiadaan' BN dalam PRK Penanti ini, keadaan rakyat tenang dan aman.

Penulisan saya ini hanya ingin mencetuskan idea dan mencambahkan buah fikiran yang ada dalam lingkungan pemikiran masyarakat kini demi melahirkan masyarakat yang betul-betul bijak dalam menilai sesuatu keadaan dan situasi.

07 Mei 2009

Doa Untuk Kerajaan Islam Perak

Ya Allah
Tuhan yang berkuasa atas segala sesuatu,
Sesungguhnya Engkau mengetahui segala hikmah yang berlaku,
Hikmah yang sukar dijangka oleh manusia,
Yang penuh dengan dosa dan durja,
Di bumi Perak Ya Allah,

Ya Allah,
Hari ini hamba Mu yang da'if ini diuji dengan dugaan yang besar,
Dugaan yang sukar ditangung dan dilawan,
Yang membuntukan tindakan dan peraturan,
Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui segala yang berlaku,
Dan mengetahui hati yang dizalimi,

Ya Allah,
Saat ini hamba Mu sangat memerlukan pertolongan Mu Ya Allah,
Pertolongan Khalik yang Maha Agung lagi Perkasa,
Yang maha mengubah sesuatu,
Maka tolonglah kami Ya Allah,
Hanya Engkau yang layak kami memohon pertolongan,

Ya Allah,
Saat ini pejuang agama Mu sedang berdepan dengan kesulitan,
Kami tidak berdaya untuk berdepan dengan kuasa jahat,
Berdepan dengan kezaliman,
Berdepan dengan Taghut dan Dajjal yang hina terlaknat,
berdepan dengan syaitan yang direjam,
Berdepan dengan kuasa sang Fir'aun,
Yang berusaha untuk menghancurkan kerajaan Mu Ya Allah,
Maka, Tolonglah kami Ya Allah,
Hanya dengan pertolongan Mu Islam pasti tertegak kembali,
Agar Perak terus bersinar,

Ya Allah,
Di saat raja yang zalim memerintah,
Penguasa yang melangar batas,
Undang-undang yang tidak berasas,
Tindakan yang melampaui batas,
Akal cetek dan terbatas menjadi ukuran,
Punca berlakunya kezaliman,
Al-Quran dan sunnah bukan lagi pedoman,
Sebagai petunjuk sepanjang zaman,
Kami tidak mampu Ya Allah,
Berilah petunjuk kepada mereka,
Dan pengajaran yang setimpal,
Atas kezaliman yang dilakukan,

Ya Allah,
Berilah kekuatan kepada kami,
Untuk mencapai keadilan di Perak,
Untuk mengekalkan kuasa yang diberi mandat yang sah,
Daripada kerajaan kudeta terlaknat UMNO dan BN,
Ynag menggunakan kuasa dan kejahatan,
Hancurkanlah Barisan Nasional Ya Allah,
Berilah kemenangan kepada Pakatan Ummah Mu Ya Allah,
Terimalah Doa insan yang dizalimi dan ditindas ini,
Sesungguhnya Engkau menerima doa umat yang dizalimi,
Yang berusaha pertahankan agamaMu,
Melalui pemerintahan dan politik Islam,

PERKENANLAH DOA KAMI YA ALLAH,

(luahan hati insan yang dizalimi)