CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

18 November 2008

merdekaaaaaa......

alhamdulillah ana dah selamat menjalani exam.hu3...blh la jwb tu...ad gk y ssh nak jwb...mintak2 ok la result nti...harap sahabat2 dapat doakan kejayaan semue...sem depan lagi la...xtw la cm ne...sem last ni byk cubaan dan dogaan...tgk kawan2 ramai y kawin...hu3...tapi xtrase lg la nak kwin...lambat lagi kot...
sekarang tengah kemas barang nak balik kampung...banyak gile barang...ni satu masalah lagi ngn kolej...kne kosongkn smue brg dlm blk...penat gle kne bersih....xtw la mane pergi suara jtk...lgsg xfkr masalah penghuni...ni bkn cuti tahunan..nk kne kosong kn smue....
k la...nk kemas lagi...hu3..
lepas ni lame la nk nulis blk...dok kt kg xde wireless...
tgu la sem dpn lak...
salam perpisahaan semue...
salam.......

12 November 2008

Tulus Dari Hati

Kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka di hati & kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri. Adakalanya kita melangkah dengan penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah. Bila menangis, tak siapa yang tahu. Walau siapa pun kita, di mana kita berada...langit dijunjung, tanah dipijak. Selagi kita hidup , langkah mesti diteruskan. Jangan sesekali kesal dengan nasib diri kerana kita adalah sebahagian makhluk Allah yang sedang diuji.

Jika hati terusik dilukai, sembuhkan ia dengan ayat-ayatNya yang suci, jika hati panas dikeji, padamkan ia dengan wudhuk yang suci & jika hati gembira dipuji, lindungilah ia dengan zat illahi.

Andai kau berduka, tangisilah ia dengan air mata istighfar agar kau tabah menghadapi hidup. Jika kau rasa diri semakin lemah cubalah untuk berdiri kembali agar kau sentiasa mengerti bahawa hidup ini tak pernah sepi dan kau punyai seorang sahabat yang tak akan menyepi.

"Harungilah sesuatu yang kau tak suka dengan ketabahan, atasilah kebencian dengan senyuman, berbaik sangka dan jangan sakiti dirimu sendiri... Kejayaan bukan terletak pada kekayaan, tapi banyak kepada gembiranya orang di sekelilingmu, kerana itu kau akan termenung dan berkata : 'indahnya jika aku tahu, aku adalah nakhoda hidupku sendiri'. Percayalah kita sedang mengharungi liku yang penuh duri..."

"Alihkan matamu ke laut...airnya cantik membiru, penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya. Begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, pandanglah ke laut. Airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang. Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar ALLAH bersamamu..."

Salahkah Ingat Mati???

Kementerian siasat klip video 'Sajak Kematian'

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan menyiasat penggunaan klip video 'Sajak Kematian' pada sesi pengajaran bagi murid Tahun Satu dan Dua, sebelum sebarang tindakan mengenainya diambil, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau yang tidak bersetuju dengan pendekatan menakut-nakutkan pelajar sebagai satu kaedah pembelajaran berkata, ia tidak akan membawa sebarang manfaat kepada pelajar.

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana pendekatan kita dalam pendidikan hendaklah secara berhemah kerana pendekatan secara menakut-nakutkan lebih-lebih lagi kepada anak pada usia muda tidak akan membawa manfaat," katanya selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar Asean (Asep) 2008 di Sekolah Sultan Alam Shah di sini, semalam.

Sumber: Berita Harian, Rabu, 12 November 2008/14 Zulkaedah 1429

Peristiwa pengharaman rakaman Selimut Putih masih diingatan saya. Filem yang menjadi kegemaran ramai kerana banyak memberi keinsafan kepada masyarakat walaupun ketika itu kami belum mengerti banyak perkara. Sehingga kami melakonkan kembali cerita itu di dalam persembahan pentas akhir tahun pada 11 tahun yang lalu.

Mengapakah ianya diharamkan?
Adakah kerajaan boleh mengubah sistem pendidikan yang mempunyai pendekatan Islam?
Adakah kerajaan berpuas hati dengan pencapaian akhlak yang dibentuk dengan sistem sekarang?
Benarkah ia menyebabkan kemunduran sepertimana dakwaan Tun Dr Mahadhir dan pemimpin ketika itu?
Benarkah ia akan melahirkan masyarakat yang penakut?

Bukankah Allah menyuruh kita ingat kepada mati?

Wahai manusia,takutlah kamu kepada Allah...
Adakah kamu rasa hidup ini kekal abadi?
Kullunafsin zaaiqatul al-maut...
Setiap yang hidup akan merasai mati...
Saya akan mati...
Kamu akan mati...
Pemimpim yang baik pun akan mati...
Pemimpin yang zalim pun akan mati...
Raja pun akan merasai mati...
Dan
Kematian akan bertemu dengan siksaan yang amat pedih bagi mereka yang tidak taat dan zalim...
Ketika itu Allah akan tanya kepada kita...
" SIAPAKAH YANG LEBIH BERKUASA KETIKA INI???"
Kita akan menjawab,dan orang yang zalim dan kafir pun menjawab...
" Sesungguhnya Engkaulah Yang Berkuasa Keatas kami Ya Allah"

Sahabat,
Renunglah dan ambiklah pengiktibaran!!!
"Yang baik jadikan Tauladan, yang buruk jadikan sempadan"

Harga Minyak Dunia Turun Lagi?

Minyak menjunam AS$59 setong, terendah dalam 20 bulan

SINGAPURA: Harga minyak menjuman kepada AS$59 setong di pasaran Asia hari ini, paras terendah dalam tempoh 20 bulan berikutan prospek kelembaban ekonomi yang berlanjutan tahun depan.

Harga minyak 'Light, sweet crude' pada Disember menurun 31 sen kepada AS$59.02 setong, dengan kadar terendah sehingga AS$58.55 setong dalam dagangan New York Mercantile Exchange, di Singapura pada pertengahan sesi dagangan hari ini. - AP

Sumber: Berita Harian (Rabu, 12 November 2008 14 Zulkaedah 1429)

Hasil kelembapan ekonomi dunia telah menyebabkan harga minyak turun mendadak iaitu terendah dalam tempoh 20 bulan. Kelembapan ini dijangka berlarutan hingga tahun depan.

Ini bukan penurunan yang pertama setelah kemelesetan ini berlaku, namun apakah tindakan kerajaan telah ianya berlaku? adakah sekadar diam dan memikirkan masalah parti yang kian hancur? tidakkah sedar bahawa rakyat sedang mengalami masalah kenaikan harga barang yang masih belum selesai walaupun khabar angin menyatakan harga barang akan turun.

Apakah peranan kerajaan?

Apakah peranan kita?



10 November 2008

Ya Allah,Hamba Yang Hina Mengadu

Sekadar Gambar Perhiasan Tetapi Penuh Dengan Penghayatan

Ya Allah, Hamba Yang Hina ini Mengadu,

Hambamu ini terlalu banyak dosa dengan Mu Ya Allah,
Aku sedar, aku tahu dan aku yakin,
Apa yang aku lakukan suatu yang salah dan dibenci oleh Mu,

Ya Allah, Hamba Yang Hina ini Mengadu,

Aku terlalu banyak melakukan maksiat dan kemurkaan Mu,
Aku tidak tahu samada aku masih diterima atau tidak,
Aku selalu memperbaharui Islam ku dengan kalimah 'La Ilaha Illallah',
Kerana ku takut aku sudah tidak dalam senarai orang muslim,
Aku takut Ya Allah,

Ya Allah, Hamba Yang Hina ini Mengadu,

Dengan dosa yang aku lakukan,
Aku tidak layak untuk ke syurga Mu,
Namun aku tidak sanggup untuk menanggung seksa Mu,
Aku takut Ya Allah, aku takut,
Kerana aku insan yang lemah,
Tidak ada kuasa dan kekuatan,
Tidak ada kudrat bahkan itu semua Engkau yang kurniakan,

Ya Allah, Hamba Yang Hina ini Mengadu,

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,
Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang,
Namun bukan aku ingin menggunakan dalil ini untuk melakukan dosa,
Aku tidak ingin untuk jadi manusia yang hina disisiMu,
Aku hanya inginkan keredhaan Mu,
Aku tidak takut dengan hinaan manusia,
Namun dengan hanya satu hinaan Mu sudah layak bagiku ke Neraka,
Mendapat azab dari Mu,
Menderita di sana,

Ya Allah, Hamba Yang Hina ini Mengadu,

Barilah peluang kepada ku untuk bertaubat kepada Mu,
Berilah semangat kepadaku untuk ku tidak mengulangi kesalahan lagi,
Sepertimana semangat para sahabat, tabi'in dan wali Mu,
Dalam mujahadahnya Ya Allah,

Ya Allah, Hamba Yang Hina ini Mengadu,

Aku malu dengan Mu,
Dengan dosa-dosa yang telah aku lakukan,
Aku menggunakan nafas yang Engkau anugerahkan,
Aku menggunakan kudrat yang Engkau anugerahkan,
Aku makan dari rezeki yang Engkau berikan,
Kadang-kadang aku tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan,
Tidak ingat pun bahawa itu adalah rezeki dari Mu Ya Allah,
Aku malu untuk mengadap Mu nanti,

Ya Allah, Hamba Yang Hina ini Mengadu,

Andai hari ini aku pergi dijemput Mu,
Pandanglah aku Ya Allah,
Jangan Engkau berpaling dari ku Ya Allah,
Jika tidak,aku akan menerima azabMa untuk selama-lamanya,
Matikanlah aku dalam mengingati Mu,
Dalam melakukan ibadah kepada Mu,
Dan,
Jangan sesekali Engkau matikan aku dalam kealpaan kepada Mu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Pengampun.

(luahan hati insan yang bersedih atas segala musibah yang berlaku)

08 November 2008

PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA



SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA

Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).

Bermula dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.

Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.

Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.



Lambang Pengakap Dunia
  • Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

  • Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

  • Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

  • Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.

  • Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.

  • Warna putih-kesucian dan kebersihan.




Lambang Pengakap Malaysia
  • Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

  • Warna hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: Hijau Pengakap Muda dan Merah bagi Pengakap Remaja.

  • Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

  • Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

  • Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.

  • Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

  • Bintang pecah 14 (warna kuning) -melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

(Sejarah ini dipetik dari Buku Log Pengakap Raja- setiap calon pengakap raja wajib menyiapkan 9 Buku Log (Tesis) untuk melayakkan diri ke Pentarafan Pengakap Raja)

LAGU KEGEMARAN

TAUBAT SEORANG HAMBA


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah
Taubatku ini...



Kumpulan: irsyadee feat hafiz hamidun

Ciri-ciri Lelaki Yang Hebat


Berilmu

Untuk menjadi seorang yang hebat,seseorang perlulah mempunyai ilmu pengetahuan dan juga menjadi pakar dalam sesuatu bidang yang diminati. Lelaki terutamanya yang akan menjadi pemimpin perlu berusaha mendalami ilmu tanpa jemu. Dalam Islam sendiri Nabi menyeru umatnya supaya menuntut ilmu dalam sabda baginda:"Barangsiapa yang mahukan dunia,hendaklah dengan ilmu dan sesiapa yang mahukan Akhirat adalah degan ilmu dan barangsiapa yang mahukan kedua-duanya adalah dengan ilmu". Seseorang yang berilmu juga tidak mudah untuk diperbodohkan oleh sesiapa. Maka dia akan menjadi seorang yang hebat.


Yakin.

Lelaki bijak petah berbicara apa saja. Lelaki berkeyakinan seperti ini tahu mereka mampu bercakap mengenai pelbagai topik. Namun, kadangkala lelaki sebegini dianggap berlagak atau ego diri. Keyakinan dalam berdepan dengan pasangan,sahabat,keluarga, masyarakat bahkan dengan pemimpin besar menggambarkan kehebatan seseorang.


Pandai Berkomunikasi


Disebabkan lelaki bijak mempunyai pengetahuan luas, mereka lazimnya yakin dengan diri sendiri. Mereka tahu apa yang mereka tuturkan dan dengan itu, mampu berkomunikasi dan mengajar dan berhubung antara masyarakat dengan baik.


Optimistik.

Lelaki yang hebat tahu kepintaran mereka dapat mengelak diri daripada menanggung kesusahan. Kebanyakan lelaki intelek bersikap positif dalam hidup mereka. Namun mereka berani berdepan dengan masalah dan cabaran yang akan ditempuhi.

Segak.

Lelaki bijak dan hebat pandai bergaya. Saya selalu membayangkan lelaki bijak memakai pakaian kemas, kaca mata bergaya serta kasut yang mengikut fesyen terkini. Ia mungkin kedengaran stereotaip tapi bila anda berpakaian kemas, persepsi orang akan menjadi lebih baik dan yakin dengan kita jika kita seorang pemimpin dalam kalangan masyarakat. Mereka bijak mengenakan pakaian bersesuaian dengan keadaan dan tempat.

Semestinya Pandai Berjenaka.

Kebijaksanaan lelaki menjadikan mereka spontan bila berjenaka. Kaedah keberhasilan ucapan yang baik dan mermutu meletakkan seseorang itu pandai mengawal suasana yang murung menjadi ceria. Dalam berkomunikasi,lelaki ini bijak mengawal keadaan dan faham apa yang berlaku di sekeliling dirinya.

(ini adalah salah satu ciri2 yang dirasakan perlu diketengahkan oleh saya.Namun tidak dinafikan banyak lagi ciri2 untuk menjadi lelaki yang anggun,hebat, dan perwatakan menarik)

p/s: sebarang komen sangat diperlukan.

07 November 2008

MENTOR KESAYANGANKU

AL-IMAM SHEIKH DR YUSOF AL-QARADHAWI

Oleh : ibn Jihad


BIODATA

  • Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf.
  • Dilahirkan di desa Shafat al-Turab, Mahallah al-Kubra Negeri Gharbiah, Mesir.
  • 9 September 1926 bersamaan 1344H.
  • Al-Qaradhawi merupakan nama keluarganya.
  • Diambil dari sebuah daerah yang bernama al-Qardhah.
  • Di kampungnya terletak makam sahabat nabi yang meninggal di Mesir iaitu Abdullah bin Harith bin Juz al-Zubaidi.
  • merupakan seorang pemikir, sarjana dan intelek komtemporari.
  • bapanya bekerja sebagai petani dan keluarga sebelah ibunya bekerja sebagai peniaga.

PENDIDIKAN


  • §5 tahun, Yusuf telah dihantar ke kuttab di kampungnya untuk menghafaz al-Quran.
  • §7 tahun, beliau memasuki sekolah rendah (Madrasah Ilzamiyyah).
  • §Sejak kecil lagi mendapat pendidikan secara formal melalui sekolah kerajaan di sebelah pagi dan pendidikan agama (al-Kuttab) di sebelah petang.
  • 10 tahun, dapat menamatkan hafalan al-Quran sepenuhnya bersama pelajaran hukum-hukum tawjid.
  • Bercita-cita untuk belajar di al-Azhar dan menjadi salah seorang daripada ulamaknya.
  • Terpengaruh dengan ulamak al-Azhar di kampungnya seperti Syeikh Ahmad Muhammad Saqar, Syeikh Ahmad Abdullah, Syeikh Ahmad Battah dan Syeikh Abdul Mutalib Battah.
  • §Tamat di Madrasah Ilzamiyyah, beliau melanjutkan pelajaran ke Maahad Rendah Tanta (Madrasah Ibtida’ittah) selama 4 tahun.
  • §Di Maahad Menengah (Madrasah Thanawiyyah) selama 5 tahun.
  • §Tamat Maahad Tanta, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar.
  • §Tahun 1952/1953, beliau berjaya menyelesaikan kuliah di Fakulti Usuluddin.
  • §Tahun 1957, beliau menyambung pelajaran ke Akademi Kajian Bahasa Arab Tinggi yang dikelolakan oleh Liga Arab sehingga memperolehi diploma Bahasa Arab dan Sastera.
  • §Tahun 1960, Mendaftar calon ijazah tinggi di Fakulti Usuluddin dalam bidang tafsir dan hadith sehingga tamat pengajian.
  • Tahun 1973, beliau berhasil memperolehi ijazah Ph.d dalam fiqh al-Zakat.

SUMBANGAN

Karya
  • §Mengarang hampir 100 buah buku dalam pelbagai bidang keilmuan Islam terutama dalam bidang sosial, dakwah dan pengajian Islam antaranya:
Ø >Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam
Ø >Fiqh al-Zakat
Ø >Al-Aql wa al-Ilm fi al-Quran
Ø >Wujud Allah
Ø >Thaqafat al-Da’iyyah
Ø >Al-Hulul al-Mustwaradah wa
>Kayfa janat ‘ala Ummaatina
Ø >Al-Imam al-Ghazali bayn Madihi wa Naqidihi


METOD PEMIKIRAN

1.Al-Quran

Menjadikan al-Quran sebagai sumber utama dalam pemikiran, tulisan sama ada dalam bidang fatwa dan dakwah. Perkara ini jelas dalam bukunya seperti al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, al-fatawa al-Mu’asarah dan Fiqh al-awlawiyyat.

2.Al-sunnah

§Beliau sentiasa mengambil hujah-hujah serta dalil-dalil dari al-sunnah dalam menerangkan makna-makna al-Quran.

Sebagai contoh fatwa yang membolehkan seseorng itu bersembahyang dalam gereja jika tidak ada tempat yang lain berdasarkan hadith
Nabi yang menyebutkan bahawa Allah menjadikan bumi ini masjid dan bersih. Sekiranya umat aku ingin mengerjakan solat, maka boleh dilakukannya.

3.Kisah-Kisah Sejarah

Beliau sering kali membawa contoh-contoh sejarah ketamadunan manusia khususnya ketamdunan Islam.

Sebagai contoh kisah Qarun yang melampaui batas dan melakukan kezaliman kepada kaum dn tidak bersyukur atas kurniaan Allah.


4.Ilmu-Ilmu Agama dan Ilmu-Ilmu Kemanusian

Dalam bukunya Thaqafah al-Da’iyyah, al-Qaradawi telah menyebutkan keperluan pendakwah menguasai ilmu-ilmu Islam, ilmu sejarah, ilmu kemanusiaan, ilmu kesusasteraan dan bahasa.


5.Realiti dan Keutamaan

§al-Qaradawi sentiasa melihat realiti dan keutamaan dalam menyampaikan dakwahnya. Dalam mengemukakan sesuatu isu, beliau akan melihat keutamaannya. Dalam mukadimah buku al-‘Aql wa al-‘ilm, beliau menjelskan sebab beliau menangguhkan buku-buku yang berkaitan dengan tafsir bertema dan lebih menumpulan mengenai isu-isu semasa yang merupakan lebih utama ditulis pada waktu itu.

"Beliau menggabungkan kelima-lima metode tersebut(SPB4L) dalam menyampaikan dakwah sehingga dapat membentuk pemikiran yang bernas dalam menyelesaikan permasalahan ummah kini dengan pendekatan yang mudah. Kelima-lima unsur ini terpancar dari nilai-nilai asas syariah Islam."

Sistem Pemikiran Bersepadu:
Luhur
Lahir
Logik
Literal
(manusia dilihat dari sistem Pemikiran Saintifik Islam)

Wallah'alam...

(Paparan ini merupakan kajian ilmiah saya dengan sahabat saya iaitu Saudara Nizam Mohd Aziz)
§

06 November 2008

SERANGAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM

Oleh: Ibn Jihad

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita kehadrat Allah tuhan sekalian alam yang mengurniakan kita nikmat yang besar iaitu Iman dan Islam. Tidak lupa juga Nabi junjungan kita Muhammad SAW dan para sahabat yang telah berjuang membawa Islam untuk pegangan kita selama-lamanya. Rasa kesyukuran di hati kerana kasih sayang Allah memberi kesempatan dan peluang untuk mengenal dan berpegang dengan Islam agama yang suci. Rasa terpanggil untuk saya menulis sedikit sebanyak tentang serangan dan masalah yang melanda umat Islam kini. Serangan ini merupakan virus yang merebak di kalangan masyarakat Islam yang akan menghancurkan ke'izzahan agama suci ini. Dr Yusuf al- Qaradhawi pernah menyatakan Islam hari ini tidak berperang dengan menggunakan pedang atau senjata sebaliknya berperang dengan menggunakan pemikiran. Serangan ini lebih berbahaya berbanding serangan yang berlaku di Palestin, Afghanistan dan negara Teluk.

Serangan ini merupakan rentetan dari usaha kaum kafir untuk menhancurkan umat Islam. Sejarah Islam mencatatkan serangan demi serangan terhadap Islam oleh Tentera kafir menemui kegagalan sehingga mereka putus asa. Ini kerana umat Islam ketika itu sangat berpegang dengan agama Allah iaitu Islam. Akhirnya kaum kafir merancang strategi untuk menjatuhkan umat Islam dengan cara yang halus dan licik. Perang Saraf adalah salah satu serangan yang sangat licik dan telah berjaya menghancurkan umat Islam. Tidak perlu kita memandang kearah Barat,cukup dengan melihat budaya masyarakat di Ibu Kota Kuala Lumpur Khususnya. Mereka telah berjaya merosakkan dan menghancurkan masyarakat Islam yang kita sanjungi ini. Malah tidak hairan hari ini jika ada yang tidak tahu apa itu Islam walaupun namanya Islam. Serangan pemikiran ini telah merebak dan perlu kepada rawatan segera dari sudut kefahaman dan kesedaran mengenai serangan yang sedang melanda ini dan memikirkan cara untuk membendung masyarakat Islam khususnya di negara yang tercinta ini.

Islam Liberal merupakan penyamaran bentuk baru fahaman Muktazilah yang dikembangkan melalui wacana ilmu dan mendapat dokongan dari musuh-musuh Islam. Namun serangan ini dibelakangi dan ditunjangi oleh orang yang mengaku dirinya Islam sejati. Begitu juga dengan Pluralisme agama yang semakin menonjol dan bermain di hati masyarakat hari ini. Tidak kiralah dari golongan yang bertopengkan agama atau ahli politik di negara ini. Dengan menggunakan alasan masyarakat majmuk,merapatkan jurang integrasi antara kaum dan agama dan merapatkan perpaduan antara etnik. Penulis tidak mahu umat Islam di negara ini mengulangi apa yang telah berlaku di jiran negara kita iaitu Indonesia yang dilanda masalah Islam Liberal dan isu murtad yang tidak berkesudahan dari tahun 1970an. Dan hari ini kita dapat lihat Indonesia mengalami masalah yang sangat rumit untuk diselesaikan. bahkan hari demi hari ada sahaja ujian dan bala dari Allah berupa gempa bumi,Tsunami yang dahsyat, gunung berapi dan bermacam lagi bentuk kemurkaan Allah melanda.

Di negara kita sendiri masalah yang sama telah berlaku. Gejala murtad, Pluralisme agama dan Islam Liberal semakin merebak dan bergiat aktif tanpa rasa takut. Perjuangan pembelaan disebalik NGO-NGO kian giat dijalankan di negara kita. Pembelaan hak asasi manusia dan sama ratakan agama diperjuangkan. Bukan penulis tidak bersetuju dengan pembelaan hak asasi manusia tetapi perjuangan mereka telah terlalu bebas dan melampau sehingga menyentuh isu keadilan beragama di Malaysia dan merendah-rendahkan agama Islam. Paling melampau ada yang mempertikaikan Islam agama rasmi negara. Dialog perbandingan agama yang dibenarkan disalah guna dengan objektif untuk mencari kesamarataan semua agama yang mana mereka mengatakan semua agama membawa kepada kebaikan. Kelompok ini telah berjaya menduduki tempat yang strategik dalam negara seperti menguasai media dan kekuasaan dalam negara. Masyarakat Islam di negara ini semakin tidak kisah dengan budaya hiburan melampau, penyakit sosial yang semakin membarah, industri maksiat yang semakin membuncah, malah masyarakat melayu juga telah dicandui dengan budaya seronok melampau sehingga merasakan diri tidak akan mati dan dunia ini tidak berakhir.

Oleh itu pihak yang terlibat dan diberi kuasa perlulah memikirkan dan memberi pandangan serius agar masalah dan serangan ini dapat diselesaikan sebelum ianya tidak ada ubat lagi untuk menyembuhnya seperti di barat. Wahai umat Islam di Malaysia!!! ayuh bangkit menetang kemungkaran yang kian menghancurkan dan memusnahkan hidup abadi kita di Akhirat kelak.

Wallahu'alam.

(sebarang teguran dan kritikan terhadap artikal ini bolehlah disalurkan melalui email saya: syukor5315@yahoo.com.my)






SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN


Assalamualaikum...

Sahabat2 sekalian,di musim Exam ni ana nak mintak maaf kat semua kalau ada yang tersalah... Harap kite semua dapat keberkatan oleh Allah atas segala usaha yang kita lakukan selama ini...
DUIT
D = Doa
U = Usaha
I = Ikhtiar
T = Tawakkal

Wallahu'alam....