CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

12 November 2008

Salahkah Ingat Mati???

Kementerian siasat klip video 'Sajak Kematian'

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan menyiasat penggunaan klip video 'Sajak Kematian' pada sesi pengajaran bagi murid Tahun Satu dan Dua, sebelum sebarang tindakan mengenainya diambil, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau yang tidak bersetuju dengan pendekatan menakut-nakutkan pelajar sebagai satu kaedah pembelajaran berkata, ia tidak akan membawa sebarang manfaat kepada pelajar.

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana pendekatan kita dalam pendidikan hendaklah secara berhemah kerana pendekatan secara menakut-nakutkan lebih-lebih lagi kepada anak pada usia muda tidak akan membawa manfaat," katanya selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar Asean (Asep) 2008 di Sekolah Sultan Alam Shah di sini, semalam.

Sumber: Berita Harian, Rabu, 12 November 2008/14 Zulkaedah 1429

Peristiwa pengharaman rakaman Selimut Putih masih diingatan saya. Filem yang menjadi kegemaran ramai kerana banyak memberi keinsafan kepada masyarakat walaupun ketika itu kami belum mengerti banyak perkara. Sehingga kami melakonkan kembali cerita itu di dalam persembahan pentas akhir tahun pada 11 tahun yang lalu.

Mengapakah ianya diharamkan?
Adakah kerajaan boleh mengubah sistem pendidikan yang mempunyai pendekatan Islam?
Adakah kerajaan berpuas hati dengan pencapaian akhlak yang dibentuk dengan sistem sekarang?
Benarkah ia menyebabkan kemunduran sepertimana dakwaan Tun Dr Mahadhir dan pemimpin ketika itu?
Benarkah ia akan melahirkan masyarakat yang penakut?

Bukankah Allah menyuruh kita ingat kepada mati?

Wahai manusia,takutlah kamu kepada Allah...
Adakah kamu rasa hidup ini kekal abadi?
Kullunafsin zaaiqatul al-maut...
Setiap yang hidup akan merasai mati...
Saya akan mati...
Kamu akan mati...
Pemimpim yang baik pun akan mati...
Pemimpin yang zalim pun akan mati...
Raja pun akan merasai mati...
Dan
Kematian akan bertemu dengan siksaan yang amat pedih bagi mereka yang tidak taat dan zalim...
Ketika itu Allah akan tanya kepada kita...
" SIAPAKAH YANG LEBIH BERKUASA KETIKA INI???"
Kita akan menjawab,dan orang yang zalim dan kafir pun menjawab...
" Sesungguhnya Engkaulah Yang Berkuasa Keatas kami Ya Allah"

Sahabat,
Renunglah dan ambiklah pengiktibaran!!!
"Yang baik jadikan Tauladan, yang buruk jadikan sempadan"

0 ulasan: