CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

12 November 2008

Tulus Dari Hati

Kadangkala kita senyum sekadar untuk menutup luka di hati & kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri. Adakalanya kita melangkah dengan penuh yakin sedangkan perasaan goyah menunggu rebah. Bila menangis, tak siapa yang tahu. Walau siapa pun kita, di mana kita berada...langit dijunjung, tanah dipijak. Selagi kita hidup , langkah mesti diteruskan. Jangan sesekali kesal dengan nasib diri kerana kita adalah sebahagian makhluk Allah yang sedang diuji.

Jika hati terusik dilukai, sembuhkan ia dengan ayat-ayatNya yang suci, jika hati panas dikeji, padamkan ia dengan wudhuk yang suci & jika hati gembira dipuji, lindungilah ia dengan zat illahi.

Andai kau berduka, tangisilah ia dengan air mata istighfar agar kau tabah menghadapi hidup. Jika kau rasa diri semakin lemah cubalah untuk berdiri kembali agar kau sentiasa mengerti bahawa hidup ini tak pernah sepi dan kau punyai seorang sahabat yang tak akan menyepi.

"Harungilah sesuatu yang kau tak suka dengan ketabahan, atasilah kebencian dengan senyuman, berbaik sangka dan jangan sakiti dirimu sendiri... Kejayaan bukan terletak pada kekayaan, tapi banyak kepada gembiranya orang di sekelilingmu, kerana itu kau akan termenung dan berkata : 'indahnya jika aku tahu, aku adalah nakhoda hidupku sendiri'. Percayalah kita sedang mengharungi liku yang penuh duri..."

"Alihkan matamu ke laut...airnya cantik membiru, penuh ketenangan, tapi hanya ALLAH saja yang tahu rahsia di dalamnya. Begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tapi hanya ALLAH yang tahu rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, pandanglah ke laut. Airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang. Jika rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar ALLAH bersamamu..."

0 ulasan: