CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

27 Ogos 2009

BN TERUS DILANDA KEKALAHAN

20 Jun 2009

Melatah dan Tergadah Agar Tidak Membawa Padah

Penulis bukanlah pakar dalam bidang politik ataupun stategik kenegaraan. Tapi penulis rasa tertarik untuk memberi respon terhadap isu yang hangat diperkata dan diperdebatkan dalam ruangan maya dan media kini. Rasa keliru terhadap respon dan pandangan yang diberikan oleh para pemimpin terhadap isu ini membuatkan penulis terfikir panjang jalan penyelesaian isu ini.

Isu yang di'idea'kan oleh DS. Tn. Guru Hj. Abd. Hadi Hj. Awang, Presiden Pas selepas muktamar berlabuh tirai. Hal ini tidak disuarakan oleh Tuan Guru dalam sidang muktamar. Ianya berbangkit setelah Tuan Guru menjawab soalan yang ditanya oleh wartawan tentang kerajaan perpaduan. Namun Tuan Guru hanya menjawab yang Pas sentiasa bersifat terbuka dan berbincang dalam segala isu tidak kira parti atau badan. Namun ia telah diputar belit oleh media arus perdana dan mendapat respon yang berbeza dalam kalangan pemimpin politik dan NGO.

Namun tidak sepertimana biasa, idea ini ditentang hebat oleh pemimpin Pas sendiri terutamanya Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Penulis cukup terkejuk dengan serangan terbuka yang dilakukan oleh Tok Guru terhadap Tuan Guru Presiden, Timbalan dan S/U Agung Pas sehinggakan menyuruh untuk meletak jawatan. Penulis merasakan ini bukan satu contoh yang baik yang dilakukan oleh seorang ulama' yang paling dihormati tidak kira Pakatan Rakyat atau Kerajaan. Rasa hormat penulis terhadap kredibiliti tok guru sedikit menurun atas tindakan melulu itu. Tindakan ini juga akan mengurangkan sokongan golongan muda terhadap Pas.

Tuan Guru Presiden masih tidak memberi apa-apa penjelasan terhadap isu ini kerana masih berada diluar negara. Langsung tidak sabar untuk menunggu penjelasan membuatkan ramai yang membuat tafsiran sendiri dan bantahan yang bertalu-talu terhadap Tuan Guru dan pemimpin yang bersetuju dengan cadangan tersebut.

Betul apa yang diandaikan oleh Tuan Guru bahawa beliau akan berhadapan dengan kecaman yang kuat dari sahabatnya sendiri dek kerana tidak faham dengan konsep tersebut. Namun akhirnya dengan pertolongan Allah, masyarakat akan faham apa yang dihasratkan oleh beliau.

Teringat dengan peristiwa perjanjian Hudaibiyah yang diketuai oleh Rasulullah sendiri di Madinah. Pada awalnya ramai pemimpin Islam tidak bersetuju dengan cadangan Rasulullah dan mengatakan bahawa ia akan merugikan Islam. Antara isi perjanjian tersebut ialah genjatan senjata antara orang Islam dengan kafir Quraisy dan beberapa isi perjanjian lain yang berpihak kepada kafir Quraisy. Setelah mendengar penjelasan dari Rasulullah sendiri, barulah para sahabat dapat memahami bahawa perjanjian tersebut banyak memperolehi kebaikkan terhadap Islam antaranya orang Islam boleh melawat keluarga di Makkah dan melakukan Umrah dengan aman tanpa gangguan. Ini untuk menunjukkan bahawa Islam sentiasa terbuka walaupun dengan bukan Islam. Namun akhirnya arab Quraisy telah melanggar perjanjian yang termenterai dengan kerajaan Islam itu dan menyebabkan kerugian terhadap arab Quraisy.

Inilah percaturan politik yang bijaksana telah dimainkan oleh Rasulullah. Dan penulis melihat ia cuba dicontohi oleh Tuan Guru Presiden apa yang telah berlaku dalam sejarah Islam. Dengan syarat-syarat yang ditetapkan seperti Kabinet penting dalam pentadbiran dipegang oleh Pas dan Pakatan Rakyat.

Namun pemahaman yang mendalam akan diperolehi setelah semua pemimpin bersabar, berfikiran terbuka dan ikhlas mendengar penjelasan bukan dengan emosi dan tidak menerima pandangan orang lain. Memang sukar untuk dilaksanakan perkara yang besar itu kerana perlu kepada perancangan dan strategi yang mantap dalan kalangan barisan pemimpin.

Penulis mendoakan agar Pemimpin Pas dan PR agar berlapang dada kerana setiap perancangan yang dilakukan demi meletakkan Islam di tempat yang tinggi. Penulis turut rasa bangga kerana mempunyai seorang pemimpin yang berani berdepan dengan risiko dan mempunyai ilmu siasah yang tinggi dan berpengalaman.

30 Mei 2009

Doakan Kemenangan Penanti

Saya menyeru kepada semua warga Malaysia yang mencintakan keadilan dan menolak kezaliman dan penindasan supaya sama-sama berdoa agar kemenangan berpihak kepada orang yang benar-benar ingin perjuangkan keadilan, ketelusan dan keamanan tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Kita doakan agar PRK N12 di Penanti menjadi milik pencinta keadilan dan memusnahkan muslihat yang dilakukan oleh mereka yang sengaja memburuk-burukkan Jamaah Islam dan Gerakan Keadilan di negara ini.

Semoga Allah memberi kemenangan kepada Parti Islam dan Keadilan demi kesejahteraan negara yang tercinta. Yakinlah, hanya dengan jamaah(Parti) Islam, keadilan dan keamanan semua bangsa di Dunia ini akan tercapai.

26 Mei 2009

EZAM BUNTU IDEA

Ezam Mohd Noor kelihatan sangat buntu idea apabila diasak bertubi-tubi oleh Prof Dr Agus Yosof dalam rancangan yang paling 'Hot' iaitu Hujjah yang bersiaran di TV9. Ezam menjadi penal jemputan dalam rancangan ini setelah DS Zahid Hamidi dan Datok Husam Musa tidak dapat hadir.

Ezam telah menampakkan kebodohannya sepanjang program ini berlangsung dengan tidak dapat menjawab dengan tepat dan jelas dalam semua persoalan yang ditimbulkan oleh mederetor yang terkenal dengan kepetahan dan pandai mematahkan hujah penal tidak kira siapa dihadapannya.

Ezam dengan wajah terkejut dengan soalan panas iaitu kemana perginya 8 kotak rasuah umno yang diwar-warkan semasa menjadi ahli PKR dahulu. Beliau dengan 'tergagap-gagap' menyatakan bahawa Anwar yang sebenarnya mempunyai rahsia itu, bukan beliau. Jelas sekali apa yang dinyatakan sebelum ini merupakan suatu 'Fitnah' yang mungkin tidak tertanggung dosanya di akhirat nanti.

Ezam telah melakukan satu kejutan dalam kenyataan yang boleh menjejaskan akidah Islam iaitu beliau mengatakan bahawa parti dan pemerintakan Islam tidak sempurna seperti mana sempurnanya Islam. Secara tidak langsung beliau telah menghina pemerintahan Islam yang dibawa oleh Rasulullah, Sahabat, Tabi'in, dan para ulama yang membawa syiar dan parti Islam dizaman pemerintahan.

Tahniah diucapkan kepada Prof kerana berjaya mungkin akan menyedarkan Ezam daripada terus menerus menghentam parti Islam dan rakyat dengan bertopengkan wajah yang 'baik'.

SIAPA YANG HURU-HARAKAN MASYARAKAT SEBENARNYA??

Bahan pilihanraya kurang dirasai di Dun Penanti. Pilihanraya ini diadakan berikutan penyandangnya meletak jawatan dan sejarah tercatat apabila BN tidak meletakkan calon dalam pilihanraya yang akan diadakan kali ini. Pihak polis menyeru pengundi terutama pihak pakatan rakyat tidak mencetuskan huru-hara sepanjang kempen berlangsung sehingga hari pembuangan undi.

Namun hari ini media menguar-uarkan bahawa keadaan PRK di Penanti seperti tidak ada pilihanraya memandangkan suasana yang cukup aman dan berjalan dengan lancar. Ini berikutan musuh ketat Pakatan Rakyat iaitu BN tidak meletakkan calon dalam PRK kali ini. Padahal inilah yang diharapkan oleh pihak keselamatan.

Rakyat sendiri boleh membuat penilaian bahawa pihak mana yang sebenarnya yang menimbulkan suasana tegang apabila diadakan pilihanraya atau perhimpunan. Dengan 'ketiadaan' BN dalam PRK Penanti ini, keadaan rakyat tenang dan aman.

Penulisan saya ini hanya ingin mencetuskan idea dan mencambahkan buah fikiran yang ada dalam lingkungan pemikiran masyarakat kini demi melahirkan masyarakat yang betul-betul bijak dalam menilai sesuatu keadaan dan situasi.

07 Mei 2009

Doa Untuk Kerajaan Islam Perak

Ya Allah
Tuhan yang berkuasa atas segala sesuatu,
Sesungguhnya Engkau mengetahui segala hikmah yang berlaku,
Hikmah yang sukar dijangka oleh manusia,
Yang penuh dengan dosa dan durja,
Di bumi Perak Ya Allah,

Ya Allah,
Hari ini hamba Mu yang da'if ini diuji dengan dugaan yang besar,
Dugaan yang sukar ditangung dan dilawan,
Yang membuntukan tindakan dan peraturan,
Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui segala yang berlaku,
Dan mengetahui hati yang dizalimi,

Ya Allah,
Saat ini hamba Mu sangat memerlukan pertolongan Mu Ya Allah,
Pertolongan Khalik yang Maha Agung lagi Perkasa,
Yang maha mengubah sesuatu,
Maka tolonglah kami Ya Allah,
Hanya Engkau yang layak kami memohon pertolongan,

Ya Allah,
Saat ini pejuang agama Mu sedang berdepan dengan kesulitan,
Kami tidak berdaya untuk berdepan dengan kuasa jahat,
Berdepan dengan kezaliman,
Berdepan dengan Taghut dan Dajjal yang hina terlaknat,
berdepan dengan syaitan yang direjam,
Berdepan dengan kuasa sang Fir'aun,
Yang berusaha untuk menghancurkan kerajaan Mu Ya Allah,
Maka, Tolonglah kami Ya Allah,
Hanya dengan pertolongan Mu Islam pasti tertegak kembali,
Agar Perak terus bersinar,

Ya Allah,
Di saat raja yang zalim memerintah,
Penguasa yang melangar batas,
Undang-undang yang tidak berasas,
Tindakan yang melampaui batas,
Akal cetek dan terbatas menjadi ukuran,
Punca berlakunya kezaliman,
Al-Quran dan sunnah bukan lagi pedoman,
Sebagai petunjuk sepanjang zaman,
Kami tidak mampu Ya Allah,
Berilah petunjuk kepada mereka,
Dan pengajaran yang setimpal,
Atas kezaliman yang dilakukan,

Ya Allah,
Berilah kekuatan kepada kami,
Untuk mencapai keadilan di Perak,
Untuk mengekalkan kuasa yang diberi mandat yang sah,
Daripada kerajaan kudeta terlaknat UMNO dan BN,
Ynag menggunakan kuasa dan kejahatan,
Hancurkanlah Barisan Nasional Ya Allah,
Berilah kemenangan kepada Pakatan Ummah Mu Ya Allah,
Terimalah Doa insan yang dizalimi dan ditindas ini,
Sesungguhnya Engkau menerima doa umat yang dizalimi,
Yang berusaha pertahankan agamaMu,
Melalui pemerintahan dan politik Islam,

PERKENANLAH DOA KAMI YA ALLAH,

(luahan hati insan yang dizalimi)

03 April 2009

MASTER KEY DEMOKRASI NEGARA???



"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar serta membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuat kuasa serta-merta. Proses kajian semula terhadap Akta ISA akan juga dimulakan."
Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak

SUMBER: Berita Harian, Sabtu, 04 April 2009, 8 Rabiulakhir 1430

TAHNIAH PAK NAJIB!!!
Satu lagi lembaran baru kepada pencinta demokrasi dan pejuang agama dan negara. Setelah dilantik menjadi PM ke6,perkara pertama dan besar yang dikakukan oleh Najib adalah membebaskan tahanan ISA dan juga penarikan larangan pengeluaran permit Harakah dan Suara Keadilan. Ini merupakan suatu pengorbanan yang besar yang patut dipuji oleh rakyat dan negara umumnya. pembangkang pun patut memuji tindakan yang tepat dan bijak ini.

Dua perkara yang ditarik balik itu merupakan suatu yang amat baik dan patut dipuji. Insan yang normal nalurinya tidak akan sama sekali bersetuju dengan apa yang telah dikenakan terhadap pejuang keadilan dalam hal ISA. Ketua Pemuda Pas Pusat, Sallahuddin Ayob, berkata sekiranya ruang yang terbentang sekarang ini digunakan sepenuhnya, ia merupakan satu harapan baru untuk mendapatkan impak yang lebih baik dalam menghapuskan ISA.

Namun adakah kita fikir apakah suasana politik sekarang? Adakah kita sedar yang waktu sekarang aktivis dan masyarakat sedang berjuang di tiga pilihanraya di tanah air. Ahli politik turun untuk melobi dan memujuk untuk mengundi calon2 yang diketengahkan. Semua yang tidak dapat dilakukan dapat dilakukan pada waktu ini. Mintak apa sahaja yang penting undi berpihak padaku. pelbagai usaha yang dilakukan untuk memastikan kemenangan calon yang bertanding. Pelbagai kaedah dan cara untuk menarik hati pengundi.

Penulis merasakan ini adalah peluang terbaik untuk Najib bersihkan namanya. Permulaan yang baik dan bijak. Sebelum namanya kembali tercemar, eloklah beliau melakukan sebanyak mungkin kebaikan dan kebajikan kpada rakyat. Inilah mood yang paling sesuai untuk beliau berkhidmat dengan cemerlang. Tetapi kecemerlangan itu tidak diukut sehari dua. namu ia boleh dijadikan kayu pengukur dan batu asas untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang untuk masa1 akan datang.

Soal hati beliau tidak boleh dibaca malah ditafsirkan dengan mudah. Namun ahli psikologi dan ahli fikir dapat membuat ramalan dan andaian yang mungkin YA @ TIDAK. Dilihat 'mood' rakyat yang dahagakan demokrasi dan keadilan dalam pemerintahan, tambah lagi dengan suasana pilihanraya di semenanjung dan sarawak, Najib telah menunjukan kepada semua bahawa keadilan dan demokrasi hanya ada pada BN dan Umno sahaja. Inilah salah satu usaha kempen yang paling berkesan bagi menarik perhatian umum dan penerimaan awal.

Ulasan selanjutnya akan datang......

01 April 2009

April Fools : Fikirkan !!!

Ketika aku menulis artikal ini bertarikh 1 April 2009 pada pukul 11.59 malam. 1 saat lagi akan bertukar hari dan tarikh. 1 saat akan merubah usiaku. Tapi bukan ini yang aku nak perkatakan pada pembaca. awal pagi tadi aku ada terima 1 sms dari rakan ku yang mengatakan yang aku telah melakukan kesalahan padanya yang amat besar. Dan kesalahan itu amat besar dan tiada siapa yang dapat memaafkannya. Aku ketika itu dalam keadaan mamai. Baru bangun tidur la katakan. Aku terus call 'dia' dan tiada sebarang jawapan. Aku msj tidak dibalas. Tuhan je tahu hati ku ketika itu. 'Nk tido xde mood dh'. aku fikirkan apa kesalahan yang aku lakukn sehingga tidak dapat dimaafkan. " Nabi pun mffkan umatnya.xkn kite manusia biase xnk mffkan kwn sendiri y sentiase buat salah"msj ku padanya. Semua kerja dalam perancangan tidak dapat dilakukan kerana resah dan gelisah. Tibe2 aku terima satu msj yang berbunyi """APRIL FOOLLLLLL"""... Dengan hati yang panas bercampur lucu aku hampir2 membaling hndset ditangan kedinding.

Ini antara peritiwa yang berlaku pada diriku sendiri. Selepas tu aku borak2 dengan kawan2 ku. Ada yang terkena msj2 "April Fool" ini. Tergerak hatiku untuk menulis tentang budaya ini. Aku menganggap ia budaya kerana ia telah menjadi kebiasaan dan pengamalan masyarakat muda-mudi kini. Balik ke bilik aku mencari bahan untuk aku tulis dalam artikal ini. Pertama sekali memang akan ku lihat pandangan Islam dalam pengamalan budaya ini.

April Fools’ atau Mod's Day secara amnya adalah hari dimana perbuatan memperolok-olok dan memberi kejutan kepada sesiapa sahaja ketika tiba bulan April setiap tahun dengan tujuan untuk mengembirakan dan berseronok.

Ummat Islam sangat tidak patut merayakan "April Mop" atau "The April Fool Day" karena sambutan ini merupakan peringatan peristiwa pembantaian dan menipu ummat Islam di Spanyol pada 1 April 1487 Masehi. Ummat Islam banyak yang "latah" dan merayakan April Mop tanpa mengetahui dasar dan asal usul peristiwa tersebut, kata Cendikiawan Muslim, Ir.H.Asmara Dharma dalam tulisannya yang diterima ANTARA di Medan,Minggu.

Ia menjelaskan, perayaan April Mop itu sempena memperingati peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentara Salib terhadap negara Spanyol yang ketika itu dibawah kekuasaan khalifahan Islam pada Maret 1487 Masehi.

Kota-kota Islam di Spanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisabon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berhasil dikuasai tentara Salib.

Ummat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Spanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentara Salib itu berjanji keselamatan dan memperbolehkan ummat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Spanyol dan persenjataan mereka.

Namun ketika ribuan ummat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya sandar di pelabuhan langsung dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah karena darah. Peristiwa pengkhianatan dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai "The April Fool Day".

Seorang rakan apabila diajukan pengamalan budaya ini menyatakan tidak mengetahui sejarah awal perayaan April Mop. Dia menyatakan hanya mengetahui April Fool berkaitan dengan praktik menjahili, menyampaikan informasi bohong dan mengolok-olok orang lain dengan membuat kejutan. Setelah mengetahui sejarah April Fool itu, menasihatkan ummat Islam khususnya kaum remaja tidak perlu merayakan April Fool kerana sama artinya merayakan pembantaian ummat Islam.

ISLAM MENOLAK BUDAYA MENIPU/BERDUSTA

Islam mendidik umatnya agar sentiasa mengamalkan perlakuan jujur dan menjauhi sikap suka menipu. Allah berfirman di dalam al-Quran:



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَكُونُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar". [at-Taubah 9:119]

Berkata Ibn Katsir di dalam tafsirnya tentang ayat diatas:


أي اصدقوا والزموا الصدق تكونوا من أهله وتنجوا من المهالك, ويجعل لكم فرجاً من أموركم ومخرجاً


Maksud: "sentiasalah berlaku jujur dan komited pada kejujuran agar kamu berada dikalangan orang-orang (yang jujur) dan terselamat dari malapetaka . Dan ini akan mengeluarkan kamu daripada masalah". [Tafsir al-Quran al-Adzim, 2/424]

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


ومن غشنا فليس منا


Sesiapa yang menipu bukanlah ia dari kalangan kami. [ Sahih Muslim – no:101]

Dalam hadis lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


إن الصدق يهدي إلى البر. وإن البر يهدي إلى الجنة. وإن الرجل ليصدق حتى يكتب صديقا. وإن الكذب يهدي إلى الفجور. وإن الفجور يهدي إلى النار. وإن الرجل ليكذب حتى يكتب كذابا


"Sesungguhnya benar (jujur) itu memimpin kepada kebaikan, dan kebaikan itu memimpin ke syurga, dan seseorang berlaku benar sehingga tercatat di sisi Allah seorang siddiq (yang sangat jujur dan benar). Dan dusta memimpin kepada kecurangan, dan curang itu memimpin ke dalam neraka. Dan seseorang itu berdusta sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta". [Sahih al-Bukhari – no:5743]

Bagaimana pula sekiranya ianya sekadar untuk bergurau, hanya bertujuan menggembirakan hati orang lain. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


ويل للذي يحدث فيكذب ليضحك به القوم ويل له ويل له


"Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia". [ Sunan Abu Daud – no: 4990. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ as-Saghir – no: 7137]

Islam tidak menghalang untuk umatnya bergurau dan menggembirakan hati orang lain, namun perlu menjaga batas-batas tertentu. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah bergurau dan berjenaka tetapi tidaklah sehingga menipu semata-mata untuk bergembira.

Islam mengkehendaki umatnya sedaya upaya menjauhi sifat suka menipu dan berkata dusta. Maka tentu sekali mendedikasikan suatu hari semata-mata untuk meraikan amalan menipu atau membudayakan penipuan adalah sangat bertentangan dengan kehendak Islam.

Shaikh Saalih Fawzaan di dalam fatwanya tentang April Fools’ menyatakan:

"Menipu adalah tidak dibenarkan sama sekali, tidak kira pada bila-bila masa. Dan tidak dibenarkan mencontohi kuffar dan menyerupai mereka pada hari tersebut (April Fools') atau pada mana-mana hari. Telah bersabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka" [Majalah al-Shaqaa’iq, no:32]

Kesimpulannya, setiap manusia yang sihat akalnya pasti akan lebih menyukai kejujuran daripada perbuatan menipu. Islam merupakan agama yang meraikan fitrah yang baik. Tiada masalah untuk mengembirakan seseorang. Tetapi ada batas dan sempadannya. Ada tahapnya. Ada caranya. Jangan sampai seseorang sakit hati. Jangan sampai putus kawan dan sahabat(perhubungan). Fikirlah jikia ia berlaku pada kitaJom kembali kepada Islam.

13 Februari 2009

VELENTINE DAY'S : HAPUSKAN!!!



HARI VALENTINE mengikut sejarah ia datang dari zaman pemerintah Ratu Isabella di Sepanyol. Perkataan VALENTINE diambil sempena nama pederi besar kristian Saint Valentine. Beliau amat disayangi oleh Ratu Isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordava,Sepanyol pada 14 feb(tarikh hari valentine) 270 masihi.

Kejayaan beliau begitu bermakna bagi Ratu Isabella. Oleh itu, 14 Feb disambut setiap tahun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakannya "Hari Valentine". Oleh itu,jikalau anda (umat islam) menyambut Hari VALENTINE sama seperti anda gembira dengan menumpasan kerajaan Islam di Cordava.

Sedarkah kita sebagai umat Islam dengan menyambut atau meraikan sambutan ini, Akidah Islamiyah kita akan terjejas. Di mana roh Islam kita hari ini. Di mana kasih sayang kepada Islam dan saudara se-Islam yang telah perjuangkan Agama Islam pada dekat lalu.

Sahabatku, marilah bersama-sama menggerakkan hati dan berjuang untuk menghapuskan pengaruh-pengaruh Barat dalam Umat Islam kini.

Jika bukan kita, SIAPA lagi........

"HIDUP MULIA, MATI SYAHID"

09 Februari 2009

KES PENDERHAKAAN KPD SULTAN YANG DI TUTUP

1)Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Anuar Musa terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan pada tahun 1993 yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.

2)Tan Sri Mohd Yaakob yang membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta Sultan Kelantan turun daripada takhta.

3)Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menimbulkan krisis terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dalam kes pelantikan Menteri Besar Terengganu.

4)Standard Charted Public Bank yang telah mengheret Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke mahkamah supaya menjelaskan hutang.

08 Februari 2009

RAJA @ TUHAN



  • Menghina raja patut kena tindakan ISA

  • Kaji kewajaran lucut kerakyatan Karpal Singh

  • Syor penderhaka diharam jejak kaki di Perak
  • Berita Harian (Ahad, 08 Februari 2009)

    Inilah antara balasan yang mungkin akan diterima kepada mereka yang dikatakan 'penderhaka' kepada Sultan. Ulasan beberapa pemimpin negara.

    Situasi ini sedang hangat diperkatakan di Perak yang sedang bergolak dengan krisis politik yang sangat mencabar keadilan sebenar perundangan negara.

    Ramai yang menonjolkan diri sebagai hero dalam perundangan dan hakim yang 'ganas' menghukum seseorang. Diatas adalah antara cadangan yang dikeluarkan oleh pemimpin politik negara kita.

    Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam kenyataannya semalam, memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak sekali-kali menyentuh serta menjatuhkan martabat, maruah dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang selama ini menjadi payung kepada seluruh rakyat.

    Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata menderhaka kepada Raja memang jenayah berat dan di Thailand boleh dihukum bunuh atau penjara seumur hidup.

    Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, Pakatan Rakyat kurang ajar, tidak beradab serta mengingkari janji untuk akur dan mematuhi titah Sultan Perak. Mereka tidak patut tinggal lagi di negeri itu atau wajar dibuang negeri.

    Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican pula meminta Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan usul keras terhadap Karpal Singh, termasuk mengkaji kewajaran kerakyatannya dilucutkan.
    Beliau juga menyifatkan Karpal sebagai penderhaka dan selayaknya dikenakan tindakan ISA selain ditarik balik kewarganegaraan atau diharamkan menjejak kaki di Perak kerana berani mencabar institusi Raja Berperlembagaan.

    Ini adalah antara petikan yang dikelurkan oleh 'pemimpin' yang hebat mengeluarkan hukum.

    Keadaan ini membuatkan mereka ini lupa kepada sesuatu yang telah mencipta akal kita yang bijak ini. Mereka tidak sedar apa yang berlaku ini telah ditakdirkan oleh Allah supaya pihak yang terlibat fikir kembali yang berlaku ini mempunyai hikmah.

    Penderhakaan kepada Sultan memang merupakan suatu yang dilarang oleh Allah sebagai Raja kepada Raja selagi raja itu mengamalkan Hukum Allah dan keadilan sejagat. Bukan adil kepada sesetengah pihak sahaja. Raja juga manusia biasa yang hanya diberi keistimewaan di dunia ini sahaja dan tiada beza sedikitpun dengan hamba abdi disisi Allah. Mungkin tulisan ini kasar kepada mereka yang tidak faham. Yang hanya beza antara manusia adalah Takwa. Mungkin semua sedia maklum hal ini.

    Dengan nama Allah saya amat sedih melihat sesetengah pemimpin yang lebih men'tuhan'kan Raja@sultan di dunia daripada "RAJA DAN SULTAN" dunia dan akhirat dan yang menciptakan Raja dan Sultan di dunia ini. Bagi saya berpada2 lah jika hendak mengangkat seseorang makhluk. Lihat dahulu kejadian asal makhluk tersebut. Saya tidak kisah jika yang mengeluarkan keputusan itu seorang Nabi bahkan wajib ditaatinya.

    Kenapa tidak dibuang Negara atau bumi sahaja mereka yang tidak sembahyang,melakukan maksiat,berjudi,minum arak,rasuah(politik wang),dan banyak lagi. Bukan kah perbuatan ini dimurkai Allah Raja segala Raja. Adakah perkara ini dipandang remeh dan tiada pihak pun yang yang mengetengahkan isu ini.

    Mufti Perak mengeluarkan hukum derhaka kepada mereka yang tidak taat pada perintah Sultan. Saya harap Mufti juga mengeluarkan hukum derhaka kepada mereka yang tidak melaksanakan hukum Allah. Hukum Memakai emas kepada Raja dan banyak lagi yang dikira sebagai derhaka kepada Raja kepada Raja iaitu Allah Azzawajalla....

    Saya harap kita sama2 fikir balik adakah betul pendirian dan pemikiran kita sekarang selari dengan kehendak Allah atau sebaliknya...

    Engkaulah Raja segala Raja ya Allah....