CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

06 November 2008

SERANGAN PEMIKIRAN UMAT ISLAM

Oleh: Ibn Jihad

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita kehadrat Allah tuhan sekalian alam yang mengurniakan kita nikmat yang besar iaitu Iman dan Islam. Tidak lupa juga Nabi junjungan kita Muhammad SAW dan para sahabat yang telah berjuang membawa Islam untuk pegangan kita selama-lamanya. Rasa kesyukuran di hati kerana kasih sayang Allah memberi kesempatan dan peluang untuk mengenal dan berpegang dengan Islam agama yang suci. Rasa terpanggil untuk saya menulis sedikit sebanyak tentang serangan dan masalah yang melanda umat Islam kini. Serangan ini merupakan virus yang merebak di kalangan masyarakat Islam yang akan menghancurkan ke'izzahan agama suci ini. Dr Yusuf al- Qaradhawi pernah menyatakan Islam hari ini tidak berperang dengan menggunakan pedang atau senjata sebaliknya berperang dengan menggunakan pemikiran. Serangan ini lebih berbahaya berbanding serangan yang berlaku di Palestin, Afghanistan dan negara Teluk.

Serangan ini merupakan rentetan dari usaha kaum kafir untuk menhancurkan umat Islam. Sejarah Islam mencatatkan serangan demi serangan terhadap Islam oleh Tentera kafir menemui kegagalan sehingga mereka putus asa. Ini kerana umat Islam ketika itu sangat berpegang dengan agama Allah iaitu Islam. Akhirnya kaum kafir merancang strategi untuk menjatuhkan umat Islam dengan cara yang halus dan licik. Perang Saraf adalah salah satu serangan yang sangat licik dan telah berjaya menghancurkan umat Islam. Tidak perlu kita memandang kearah Barat,cukup dengan melihat budaya masyarakat di Ibu Kota Kuala Lumpur Khususnya. Mereka telah berjaya merosakkan dan menghancurkan masyarakat Islam yang kita sanjungi ini. Malah tidak hairan hari ini jika ada yang tidak tahu apa itu Islam walaupun namanya Islam. Serangan pemikiran ini telah merebak dan perlu kepada rawatan segera dari sudut kefahaman dan kesedaran mengenai serangan yang sedang melanda ini dan memikirkan cara untuk membendung masyarakat Islam khususnya di negara yang tercinta ini.

Islam Liberal merupakan penyamaran bentuk baru fahaman Muktazilah yang dikembangkan melalui wacana ilmu dan mendapat dokongan dari musuh-musuh Islam. Namun serangan ini dibelakangi dan ditunjangi oleh orang yang mengaku dirinya Islam sejati. Begitu juga dengan Pluralisme agama yang semakin menonjol dan bermain di hati masyarakat hari ini. Tidak kiralah dari golongan yang bertopengkan agama atau ahli politik di negara ini. Dengan menggunakan alasan masyarakat majmuk,merapatkan jurang integrasi antara kaum dan agama dan merapatkan perpaduan antara etnik. Penulis tidak mahu umat Islam di negara ini mengulangi apa yang telah berlaku di jiran negara kita iaitu Indonesia yang dilanda masalah Islam Liberal dan isu murtad yang tidak berkesudahan dari tahun 1970an. Dan hari ini kita dapat lihat Indonesia mengalami masalah yang sangat rumit untuk diselesaikan. bahkan hari demi hari ada sahaja ujian dan bala dari Allah berupa gempa bumi,Tsunami yang dahsyat, gunung berapi dan bermacam lagi bentuk kemurkaan Allah melanda.

Di negara kita sendiri masalah yang sama telah berlaku. Gejala murtad, Pluralisme agama dan Islam Liberal semakin merebak dan bergiat aktif tanpa rasa takut. Perjuangan pembelaan disebalik NGO-NGO kian giat dijalankan di negara kita. Pembelaan hak asasi manusia dan sama ratakan agama diperjuangkan. Bukan penulis tidak bersetuju dengan pembelaan hak asasi manusia tetapi perjuangan mereka telah terlalu bebas dan melampau sehingga menyentuh isu keadilan beragama di Malaysia dan merendah-rendahkan agama Islam. Paling melampau ada yang mempertikaikan Islam agama rasmi negara. Dialog perbandingan agama yang dibenarkan disalah guna dengan objektif untuk mencari kesamarataan semua agama yang mana mereka mengatakan semua agama membawa kepada kebaikan. Kelompok ini telah berjaya menduduki tempat yang strategik dalam negara seperti menguasai media dan kekuasaan dalam negara. Masyarakat Islam di negara ini semakin tidak kisah dengan budaya hiburan melampau, penyakit sosial yang semakin membarah, industri maksiat yang semakin membuncah, malah masyarakat melayu juga telah dicandui dengan budaya seronok melampau sehingga merasakan diri tidak akan mati dan dunia ini tidak berakhir.

Oleh itu pihak yang terlibat dan diberi kuasa perlulah memikirkan dan memberi pandangan serius agar masalah dan serangan ini dapat diselesaikan sebelum ianya tidak ada ubat lagi untuk menyembuhnya seperti di barat. Wahai umat Islam di Malaysia!!! ayuh bangkit menetang kemungkaran yang kian menghancurkan dan memusnahkan hidup abadi kita di Akhirat kelak.

Wallahu'alam.

(sebarang teguran dan kritikan terhadap artikal ini bolehlah disalurkan melalui email saya: syukor5315@yahoo.com.my)






1 ulasan:

Ibn Jihad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.