CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

08 November 2008

PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA



SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA

Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).

Bermula dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.

Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.

Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.



Lambang Pengakap Dunia
  • Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

  • Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

  • Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

  • Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.

  • Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.

  • Warna putih-kesucian dan kebersihan.




Lambang Pengakap Malaysia
  • Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

  • Warna hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: Hijau Pengakap Muda dan Merah bagi Pengakap Remaja.

  • Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

  • Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

  • Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.

  • Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

  • Bintang pecah 14 (warna kuning) -melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

(Sejarah ini dipetik dari Buku Log Pengakap Raja- setiap calon pengakap raja wajib menyiapkan 9 Buku Log (Tesis) untuk melayakkan diri ke Pentarafan Pengakap Raja)

0 ulasan: